Selepas menempuh satu tahun yang amat sukar, penuh kejutan, penuh kesakitan.. Akhirnya dapat jgk aku ketahui kesudahan sesi 2010/2011 ni.. Semalam.. Detik 12.37am , 8 Jun 2011.. Aku tgk result aku, tidakla sehebat mna untuk dibanggakan, & tidak la seteruk-teruknya untuk perlu dikesali.. Aku bersyukur dengan result untuk kali ini.. Aku bukan berbangga dengan result tu, cuma aku terkesan tentang diri aku sendiri.. Baru aku dapat bezakan yang mna dikatakan usaha, dan yang mna dikatakan usaha yang pada dasarnya kita kata usaha tetapi hanya permainan perasaan saja.. Aku juga dapat bezakan yang mana itu keyakinan & apa itu terlalu yakin. Aku sedar.. Dan bersyukur Kepada Mu Ya Allah.. Engkau buka pintu hati aku setelah separuh perjalanan aku di sini... Aku bersyukur kerana masih belum terlambat untuk aku bangkit setalah pada satu ketika aku hampir putus asa, aku hampir membiarkan diriku terus hanyut,.. Tp kali ini Engkau bagi semangat kembali untuk aku menyemarakkan lagi kebolehan ini.. Terima Kasih ya Tuhan.. Aku cuba tidak akn sia2kan peluang kali ini..
gud boy... ^____^
ReplyDelete