iklan-iklan

Masa Itu Emas

Daisypath Friendship tickers

Monday, 30 January 2012

1 Minggu~

Seminggu aku kat Johor.. Maka semalam aku selamat sampai ke selangor.. Hukhuk.. Satu percutian yang tak dirancang.. Berlaku secara tibe2.. Sepanjang aku kat Johor macam benda aku buat.. Petang2 men badminton ngan budak2 sebelah rumah.. Malam2 kuar jenjalan.. Ari sabtu 28 ari bulan gi ari keluarga kat tempat keja kazen aku.. Perghhh.. kat situ aku jumpa macam2 jenis org n ragam.. Tapi yang aku kagum semuanya ramah.. walaupun aku bukan pekerja kat situ.. tp layanan macam aku org besar... tenkiu2.. bykgak jumpa gegurl yg cun2.. tu yg penting.. ngeh3.. hehehehe.. satu hari aku x bersms ngan gegurl aku sebab tertinggal nset.. (bukan sengaja yewahai gegurl ku).. Lastly aku balek selangor 29 jan 2012..Bas aku gerak kul 3.30.. tp sampai rumah kul9.30..malas aku nk cerita liku2 perjalanan aku.. huhuhu.. tu je la... anyway..satu minggu percutian yg menyeronokkan..

Thursday, 26 January 2012

Hari ke Hari~

Pelik betul aku sekarng nie.. Kami2 ni (antara aku ngan dia) asyik beselisih faham je.. aku pelik.. Bila aku dah ok.. C dia pulak xok ngan aku.. Bila dia ok, aku pulak x oka.. pelik sungguh.. Bagai ada pemisah, bagai ada titik yang x boleh bertemu.. pelik sungguh aku... adakah ini dinamakan rindu.. ngeh3.. sabar azrin.. Belum sampai 2 minggu lagi.. Nanti dah  biz belajar berbulan-bulan malah mungkin bertahun-thun xjumpa.. Kena biasakan diri.. okeh2.. Berusaha untuk diriku.. kepada si dia.. Jaga diri elok2 k.. jgn nakal2.. apa pun yang bakal terjadi You Belong With Me.. ingat tu... 

Monday, 23 January 2012

Penat Berjalan~

Huhuhu.. baru 4 hari bercuti. Tp dah bayak tempat aku pegi.. N dah banyak benda aku buat.. Puassss.. Hehehhe.. esok gi Johor pulak 4 hari.. ngeh2.. So, aku xon9 dah.. Apa2 contact via phone je la yer.. hehe.. Happy Holidaaaayyy!!

p/s : malas nak tulis panjang2.. Mood xde.. yela nak skype ngan dia.. p dia xnak.. so mood tacing..

Sunday, 22 January 2012

Jeritan Ngap Sayot

Stadium Nasional Bukit Jalil

Haaaa.. Kat sini la aku pegi mlam tadi.. Ngeh3~.. Kali pertama aku tengok bola kat stadium.. Best.. Teruja.. Sejujurnya, sebelum2 ni aku ada kata, apa best pegi stadium.. Bukan jelas pun dpat tengok org men.. Baik tengok kat tv jew, best, xberhimpit-himpit.. Sebenarnya apa yang aku cakap semunya salah.. Semalam pembuktiannya.. Bila kau tengok bola SARAWAK vs SELANGOR.. Liga Super.. Baru aku tau betapa nikmatnya tengok bola kat stadium.. Aku dapat rasakan kelainan yang x sama bilamana tengok bola dari TV.. serius.. aku dapat rasa bahang semangat, keseronokakan kepuasan yang tak dapat digambarkan dengan kata2.. Rasa ketagih nak pegi stadium dah menular dalam jiwa.. Lepas ni aku nak pegi lagi.. Nak bawak Gegurl la pas nie.. ngeh2.. 

Walaupun malam tdi perlawanan berkesudahan 0-0.. Tapi aku tetap puas hati sebab Pasukan SARAWAK mampu seri dengan antara pasukan Feveret Liga super.. Hoyeah2.. Love That Moment!!!

Antara gelagat penyokong malam tadi

Walaupun sikit tapi suara sorakan mengalahkan penyokong selangor yang ramai..
Encang Sarawak encang!!!
p/s : gambar2 lain akan menyusul

Friday, 20 January 2012

Semester 5

Yuhuuuuu.. dengan berdetiknya jam 1800 tadi, maka dengan rasminya exam untuk aku pada tahun 3 semester 5 tamat.. Huhuhu.. terasa sangat cepat masa berlalu.. Pejam celik pejam celik dah tinggal satu semester.. Tapi, exam hari ni susah sikit.. Tapi yang amat bermakina bagi aku adalah no meja aku untuk paper last hari ni.. No meja aku sama dengan no bilik aku.. 216.. perghhhh.. bangga n penuh semangat aku jawab exam tadi.. walaupun agak susah.. So, sekarang tengah pening fikir macam mana nak packing barang aku yang terlalu banyak.. Walaupun aku sedar aku tak balek Sarawak.. Namun aku tetap kena kosongkan bilik.. Aduhhh.. benda yang paling aku xsuka.. PACKINGGGG.. mengalahkan menjawab exam.. huhuhu.. tapi xpe.. aku bercadang untuk packing pagi esok.. Jumaat.. Petang check out n then terus balik umah abang aku.. Sekitar 2 minggu stay sana, n then balek sini balik.. Itu perancangan awal.. Tertakluk kepada perubahan.. ngeh3..

Malam tadi aku join satu parti perpisahan dengan sorang kawan aku.. nama dia Roozalena.. Ni la last sem dia bersama kami.. Pas nie jarang jumpa dah sebab dia jauh nun disana.. Hope dia akan terus ingat aku kami kat sini.. Gonna miss u Rooza.. hehe

Pas je jamuan tu aku men badminton.. Melepaskan geram sebab dah abiz exam.. Tapi serius nya aku rasa aku xde perasaan yang bermain di jiwa aku walaupun aku dah abiz paper.. X terasa feel nya.. aku xtau kenapa.. Tapi xpe.. aku berserah pada Allah.. Pencipta yang maha agung..

Esok jumaat 20 Jan 2012.. My Gurl dah balek dah.. huhuhu.. Rasa berat hati lak nak lepaskan dia balek.. Tapi apakan daya.. dia masih milik keluarga dia.. Hopefully, esok dia Drive keta elok2.. I doakan U selamat sampai kerumah k sayang. Dah sampai rumah kirim salam ngan family k.. Jangan lupakan orang kat sini.. Im Belong With you.. Jumpa kamuu lagi... Muuaaaahh2..

Lastly aku bersyukur kepada Allah sebab Dialah aku berjaya mengharungi semester yang ke 5 ini dengan lancar.. Kalau xkerana IzinNya mustahil aku sampai sekarang nie.. Alhamdulillah. Kepada kawan2 & orang sekeliling aku.. terima kasih n maaf atas keterlanjuran kata & perbuatan aku.. Happy Holidays n Jumpa lagi di Semester Depan.. Peace Yooo..

Wednesday, 18 January 2012

150 minit Lagi

Countdownnnn~
Besok 19 Jan 2012 merupakan paper terakhir exam untuk semester yg ke 5 tahun ke 3.. Tapi, untuk paper nie debarannya agak lain macam sikit sebab paper nie antara paper yang boleh dianggap membunuh.. Aku dah tengok past year question nya.. Nampak macam akan berlaku banyak pembaziran dalam markah nie.. Ini yang merunsingkan.. Tapi tak apa.. Jangan mengalah sebelum berjuang!! teruskan study selagi ada masa.. Semoga dipermudahkan esok.. Amiiinnn..

Sunday, 15 January 2012

~teman lebih mudah memahami~


Sekarang musim cerita sedih.. hehe.. tp aku xtau kenapa ley jadi mcm nie.. Mungkin berpunca dari aku.. Tp secara kalkulusnya mmg dari aku.. Aku tak akan jadi punca sekiranya xde yang jadi punca terlebih dahulu.. Maybe orang tu tak perasan terjadi punca.. haha.. tak pe.. biar orang tu fikir sendiri la.. aku malas nak bagitau itu ini.. Dah byk kali org tu cakap, kalau ada apa2 yang kurang bagitau dia.. Dan dah byk kali aku cakap tp masih sama dengan yang asal.. So, aku dah malas dah.. Bagi orang tu fikir la sendiri.. Law dia xnak fikir xyah nak ungkit2 yer. diam2 jew.. Buat xde ape2 berlaku. 

Ok2.. bukan pasal tu aku nak cerita.. Aku kadang2 terfikir.. Law kita tacing ngan seseorng tu, kita xley nak luahkan ngan orng tu jugak.. Maknanya, if kita tacing ngan BF/GF kita... Kita perlukan seorang kawan rapat untuk kongsi masalah..  Jadi tempat mengadu.. If kita tacing ngan BF/GF kita, tp kita mengadu kat dia, memang perang besar la jdinya.. masing2 xnak ngaku salah.. haha.. Ni daripada cerita sebenar nie.. Law xpercaya cubala.. If dengan kawan sama jgk.. kenan mengadu ngan kawan lain.. mengadu tu bukan bermaksud mengutuk or mengata.. Tp mengadu kenapa ley jadi mcm tu.. kena tahu konsepnya.. bukan mengadu nak menangkan diri.. huhuhu..

Aku bersyukur, ada sorng teman aku nie.. Nama dirahsiakan.. Gender, Gegurl mungkin.. haha.. Dia selalu ada n timing dia muncul tu tepat2.. Aku xtau kenapa dia tau bila aku ada masalah.. So, bak kata org, pucuk dicita ulam mendatang.. Aku gunakan la dia sebaik-baiknya untuk dengar apa yg terbuku dihati.. hehe.. Kami dah kenal lama dah.. Cuma bezanya, dia tarak ada Facebook.. haha.. kami cit chat biasa sms or calling2 jew.. Tp, dia mmg baik n sentiasa jadi pakar kaunseling aku bab2 perasaan ni.. haha. terima kasih untuk dia.. If dia terbaca ni.. (*msti baca) jangan lepas ni xnak dengar lak.. haha.. anyway, tenkiu very much yer fren.. muah2..

mood : seperti air yang tenang dengan cuaca yang redup2.. haha

Video Kenangan Aku & Teman2 sesi 2010/2011 di UKM

Aku abadikan video2 ni kat sini..

Video 1 :
Tajuk : Bang-Bang Boom
Genre : Romance | Action
SoundTrack : Lagu Kita - Aizat
Rating : 9.5/10
Sinopsis: 
Mengisahkan sekumpulan teman2 aku yang telah terkena bang-bang boom. Pada asalnya cerita ni just nak buat kejutan dimana Seorang felo kesayangan dah pun berpindah dikala mereka menjalani kursus BTN selam 5 hari diterangganu. Namun, cerita bertukar menjadi birthday party buat 2 teman aku yang terpaksa menyambut hari lahir yang ke 21 di Kem Ala2 tentera. Dimana felo kesayangan yang telah memberi ucapan keramat melalui sebuah video membawa sebuah kek buat mereka. Pada saat ini, semua mengalirkan air mata kecuali kamera Man kerana dialah dalang segalanya. 




Video 2:
Tajuk : MMP stylo
Genre : Comedy | Action
SoundTrack : Noktah Cinta - Hafiz
Rating : 9.7/10
Sinopsis:
Mengisahkan sekumpulan Pemudah Cara yang bertungkus lumus membuat persiapan menanti kehadiran pelajar-pelajar sesi 2010/2011 ke UKM tercinta. Sepanjang persiapan pelbagai detik-detik manis & kurang manis yang penuh dengan air mata dan ketawa dilalui kumpulan pemudah cara ini.




Video 3:
Tajuk : Sahabat Selamanya
Genre : Touching | Flashback
SoundTrack : Sahabat(Nasyid) - Hawary
Rating : 9.9/10
Sinopsis:
Sebuah video dedikasi khas yang telah dibuat oleh kamera man yang mengisahkan perjalanan pertemuan antara 14 orang bersaudara yang membentuk satu organisasi. Bermula dari organisasi itu, pelbagai rintangan, dugaan, penat lelah ditempuh bersama. Adakalanya berlaku sedikit perselisihan faham yang menyebabkan ada diantaranya bergaduh, tak bertegur sapa sehingga merunsingkan kepala si ketua organisasi. Namun, segala dugaan dan cabaran berjaya dilalui penuh dedikasi, komited dan sabar oleh sekumpulan pelajar ini termasuk kamera man nyer. haha.. walaupun perit mana badai melanda, berbekalkan slogan 'BERSATU, BERGABUNG, MELETUP' semua cemuhan,kutukan, umpatan & kata2an daripada golongan2 yang DENGKI mampu ditepis ditangkis. pendek kata tumbang bersama, bangkit berdiri bersama.



Pelakon  Utama
Abg Ijan
Adan
Nea
Nabilah
Ming Yan
Rooza
Arima
Nik Farida
Athirah
Hidir
Mus
Syakir
Lim
Nisha

Pelakon Pembantu
A.Siddiq
Thiru
Ica
Mira
Syana
Tan

Pelakon Tambahan
BBSM
Pemudah Cara MMP

Super Extra/Cameraman
Azrin

Saturday, 14 January 2012

~Gelora Jiwa~

Di saat-saat aku memerlukan dia maka masa itulah dia xde.. Cuba bila aku tak memerlukan dia.. Setiap masa sentiasa ada.. Bila dia sedih, tacing, berduka, terlu, ditacingkan, geram, kecewa, tertekan dan semuala aku akan cuba sedaya-upaya berada disisi dia.. Tp bilamana aku dalam keadaan yang sama, dia entah kemana.. Ada. cuma bertanya yang benda biasa.. Xpernah nak cuba baca apa yang aku alami.. Jika dia seperti aku, aku cuba selongkar, cungkil hingga terbongkar apa yang merunsingkan dia. Selagi xdapat, selagi tu aku cuba. walau dengan apa cara sekalipun. Dia.. cuma bertanya.. "kenapa nie, ada masalah ker?" Bila aku jawab xde.. Dengan senyuman pahit. Dia angguk kepala.. Dia terus diam. Aku diam, Dia dua kali diam.. Tp xapala.. aku sedar semuanya.. Last2 aku pujuk diri sendiri.. Aku selesaikan diri sendiri.. Aku jgk yang ceriakan diri sendiri.. Akulah yang menceriakan suasana walaupun secara paksa rela.. Betullah kata orang, hanya diri sendiri yang faham dengan diri sendiri.. Xkisahla berapa rapatnya org tu dengan kita.. 

sekian~~

Celaru~

Entah kenapa, malam tadi (13 Jan 2012) aku rasa x tenang, rasa xtenteram. Xboley nak lelapkan mata.. Bila terlelap terjaga dalam 5 minit selepas tu.. Terlelap terjaga. Macam ada sesuatu menggangu di fikiran aku.. aku xtau kenapa.. aku buntu. Kalau kebiasaannya lepas men futsal, tdur aku lena sampai tengah hari.. tp malam tdi.. mmg xboley tidur lena langsung.. selepas subuh pun nak tdo pun tarak boleh.. aku hairan.. puas aku fikir, apa yang aku dah buat n apa aku xbuat semalam. Ya Allah.. ampunilah dosa2 aku Ya Allah.. semoga hari ni aku lebih tenang. amiinnn.

Kepada kawan2, aku mintak maaf keatas semua kesilapan aku.. =)


Wednesday, 11 January 2012

Cool~


Huhuhu.. selepas habis paper semalam aku rasa tenang sangat.. walaupun masih ada 3 paper berat lepas nie.. Tp seolah2 dah abiz exam.. Ketenangan yg sukar digambarkan.. terima kasih Ya Allah.. semoga aku terus happy, tenang n terus bahagia macam yang aku rasa sekarang.. Alhamdulillah..


Tuesday, 10 January 2012

Tiga & tiga Lagi..

Hoyeah..hoyeah... pejam celik pejam celik tinggal 3 paper lagi nk abis.. hehehe.. Selesai je paper hari ni (10 Jan 2011) maka aku akan bercuti selama 6 hari.. Lepas 6 hari kembali menghadapi exam.. Lepas ni paper makin mencabar jiwa dan raga.. Aku harap aku dapat manfaatkan masa cuti yg ada sebaiknya.. amiiiinnn.... tu untuk paper..

Untuk 3 lagi ialah, untuk my Lover.. Ada 3 menda lagi yg aku belum temani dia.. Maklumlaaaa.. 2 daripada 3 benda tu susah sikit nak cari.. sebab susah dijumpai kat bangi nie.. Untuk benda yg pertama tu senang.. tp susah carik timing nak bagi kat My Lover aku.. Maklumlaaaa, dia nak diet katenya... padahal ****r jugak.. hahaha.. gurau jew syg.. u comey laaa.. hehehe.. so, xper.. aku try lunaskan sebelum bercuti.. law xdapat terpaksa postpone ke sem depan yer sayang ku c labi-labi.. hehehe...

ni 3 benda yang aku maksudkan..

3 benda : Exam


16 Jan 2012 - Fizik Komputasi
17 Jan 2012 - Fizik Dalam Keadaan Pepejal II
19 Jan 2012 - Medan Elektromagnet I

3 benda :Craving My Lover


-Beger Daging Special


-Beger King


-Nasi Minyak & Lauk Kenduri Kpg Style

Harapnya semua dilaksanakan dengan sempurna & jayanya.. amiiinn..
LOVE U SAYANG +++

Monday, 9 January 2012

I cant Stand Anymore......








Aduih.. Tetiba lepas makan petang tadi perut aku terasa sgt memulas.. Ape yang aku telan tdi sampai mcm nie selain nasi lemak ayam kat kedai mamak.. adoyai.. sekarang pun masih ada tasa nak ukk uukk nie.. huhuhu.. harap2 besok sihat.. susah law sakit perut time jawab paper.. xley duduk tenang & secara automatiknya susah nak ingat apa yang dah dibaca.. Ya Allah.. Permudahkan lah segala urusanku.. 


Satu lagiiii~

Hehehehe.. Sebelum nie aku ade cerita tentang kePELIKan My Gurl kan.. Skarang ada satu lagi yang pelik about my Gegurl nie.. hehe. Sepanjang pengalaman aku dari tingkatan 2 dalam bab pujuk memujuk.. Xde satu pun yg suka dipujuk dalam keadaan maya.. Mean, semua suka dipujuk dalam keadaan berdepan.. Aku pun lebih selesa bercakap depan2, sebab ayat2 cinta menjadi semakin power ditambah dpt menusuk terus ke dalam kalbu my gegurl.. haha.. Tp, untuk My Lover ni len sikit.. Dia kata law depan2 dia cepat untuk jernih.. Tp law gus SMS or CALL.. dia bley berlakon.. Sebab apa, sebab dia xreti nak bermain dgn mimik muka.. hehehe.. So aku buat kesimpulan n aku ckap kat dia yang dia nie nak manja2 lama2 sikit dgn aku.. Kalau depan2 dia maluuu.. Almaklumlaaa, My GeGurl aku ni mmg pemalu.. Dengan aku yg dah hampir 2 tahun menghadap muka pun masih malu2 miaw.. apatah lagi dpn org len.. Suara mahal tuuu  hehe.. comel la my Lover aku nie..hahaha.. Anyway, Aku try la lepas nie.. Promise ye Syang.. Muah2.. 

P/s : Jangan Muncung ye my Lover Bca nie.. Hikhik

Lagi Best Manje2!!

Sunday, 8 January 2012

Akibat Kelam Kabut

Adoyai.. Xpernah dalam sejarah aku nak g mandi bawak benda nie.. huhuhu.. Petang tadi sekitar pukul 6 petang aku g men badminton.. sampai 7.15 kowt. pas2 balek bilik.. N then cooling down skjp.. Pas2 bersiap nk gi mandi.. Agak gopoh gak la sebab nak jemaah kat surau.. N then aku besiap nak gi mandi.. semua peralatan mandi siap dibawa.. Bersarungkan tuala, aku g bilik air. Memandangkan wing aku xde air.. aku g ke blok sebelah.. Dah masuk pintu blok sebelah aku tertengok apa yang aku pegang... Arghhhhhhhhhhhhhhh... wallet!!! adoyai.. Buat ape aku bawak benda nie.. Ish2.. Geram betul aku.. Nak xnak kena patah balik hantar wallet aku ke bilik.. nak dibawak takut basah.. So, kat situ aku dah panas balek.. berpeluh.. terpaksa cooling lagi.. Hukhuk.. Last2 aku sampai surau time org dh tahiyat akhir.. huhu.. tp xpe.. dpt jugak jemaah nya.. so kesimpulannya, jangan gelojoh sangat.. hahahahaha..


Hampeh Betui!!

dua paper sebelum rehat panjang~

Ehem2.. Sebelum teruskan je tajuk ni.. Nk citer la sikit.. Ye la.. aku tau la, aku ni hya menumpang.. Tp law xnak ajak kuar pun ckp je la terus terang... Xyah nak jadikan story aku tu alasan xnak kluar.. xnak ckp jew xnak.. Ni x, cri point yg menunjukkan aku yg akan salah.. xbek begitu.. terus terang je.. aku xmarah punya.. percaya jer.. Pas2 nak tacing pulak.. adoyai.. Menda kecik je kan.. Ye, pagi tadi kata main2 je kan.. Nmpak sgt tipu nya.. Aku dah kenal ngan U dah nak dekat 2 tahun dah.. If u men2, xde nya status FB tu nek.. Tp, senang2 kate main2 je, tggu aku pujuk sampai pagi.. huhuhu.. xpela, aku xmarah.. xtacing pun.. cuma terkilan la sikit diperlakukan sedemikian rupa.. yela, menda dah terang2 dibagitau.. dah jelas.. hmm.. entahlaaa.. U fikir la sendiri yer.. If rase aku salah, I'm Sorry yer.. Satu lagi.. ni bukan marah por tacing k.. Just luahan hati.. hahaha..

Ok, berbalik kepada tajuk asal.. Esok (9 Jan 2012) & Lusa (10 Jan 2012) ada paper.. Selepas esok, aku ada gap 6 hari untuk baki 3 paper seterusnya.. Untuk paper besok tekanan nya kurang sikit n aku harap aku mampu jawab besok dengan mudah.. amiiinn.. 

Paper esok : Teknologi tenaga Suria
Paper Lusa : Fizik Bahan

Untuk Mg Gurl.. Gud luck yer untuk paper esok.. Nk tumpang gi exam boley.. tempat sama kan.. Tu pun kalau nak bawak la.. Law xnak ckp je xnak k.. I xkisah.. ley pinjam moto sapa2.. Tp kena bagitau awal2 taw.. Cakap je nk or xnak.. terus & Telus.. xperlu cri point2.. I janji xkan salahkan U.. promise... ngeeee..


Saturday, 7 January 2012

Mimpi di Siang hari...

Mimpi... Bermula selepas aku tdur.. Dalam kul 3.15.. Blek dri makan.. Aku terus baca nota prepare untuk exam. Mula2 baca duduk.. Tp, rasa xselesa.. Pas2 aku baca sambil tidur.. Dah baca beberapa helai, mata aku rasa nak tutup.. So aku pun tutup la nota aku... Tidur.....

Dalam tdur tu aku mimpi my lover.. Situasi sama macam time kami pergi makan tengah hari.. Tapi berdua jer.. Pas2 makan balek macam biasa.. Tiba time malam, mcm biasa aku tya dia, makan ke x??.. pas2 dia kata, makan la dulu.. nnti dia makan.. aku jawab.. ok, jgn x makan lak taw.. aku biasa la, makan lewat2.. Pas2 aku turun makan.. Lokasi makan aku xtau.. yg aku ingat jalan dia macam kat jambatan depan pintu masuk UKM tu..  Tp kat situ mana ada kedai makan.. haha.. Xkisah, sambung cerita.. aku g makan sorang2.. dalam perjalanan aku aku terjumpa my Lover.. Dia jalan sorg2.. Maybe dia nk g makan jugak kot.. aku pun follow dia dri jauh.. nak tgk dia g mana.. Pas2 sampai kat hujung jambatan tu dia jumpa sorg lelaki.. sapa lelaki tu?? Kazen dia.. ooo.. xpe2.. kazen je pun.. dah senang hati sikit.. ngatkan kuar makan sowng2.. Aku pun terus ikut. Rasa mcam jauh pulak kedai makan sebab xsampai2.. haha.. Dalam pada aku follow my lover n kazen dia tu... aku menyanyi2 la.. tp, xsampai diaorg tahu.. Tiba2, aku ternampak satu adegan yang x kusangka.. c kazen my Lover tu pegang tangan my lover.. woooow! dalam hati aku.. Terus aku keluarkan nset Sony ericson sbb kebetulan guna nset tu.. aku snap la aksi diaorg.. bukan stkat tu je.. diaorg siap hug2 lgi.. aduh, tersirap darah aku.. tp msh bersabar n sibuk snap pic.. Pas2 sampai kat kedai makan.. Diaorg tu asyik beasmara, beromantik.. aku?? sabar jela.. aku pun ambik port yg dekat2 ngan diaorg.. saja nak tunjuk muka.. N then my lover pun tengok.. Pas2 dia senyum n buat muka xbersalah.. Dia ajak makan sama satu meja.. tp aku tolak.. Dia semapat kenalkan aku ngan kazen dia tu.. aku senyum pahit.. ye la.. hati tgh panas.. Pas2.. habiz sampai situ.. balek aku criter la ngan shahdan.. Aku kate awek aku kuar ngan kazen dia.. N then shahdan kate, alaaaa, kazen je pun.. Aku jawab, kazen la sangat sampai hugging2.. shahdan.. Haaaa.. betul ker.. Aku pun terus tunjuk la pic yg aku ambik tdi.. N then terus kena kaunseling ngan shahdan.. (*realitinya biasa aku yg kaun seling dia.. hahaha ).. n then aku terjaga sebab, ada mesej masuk.. Tgk msj lu.. pas2 tdur.. Mimpi tu pun tersambung balik.. aku dah nekad nak jumpa my lover aku esok harinya, nak settle kan.. 

Pada keesokkan harinyaaa.............. Bersambunggggg sebab nak magrib dah... biala tergantung kat sini.malas nak cerita n ingat lagi... haha

Tu jela aku nk cerita.. hahahaha.. Mimpi di siang hari.. Pedih jiwa dapat mimpi tu.. Kepada My Lover.. Ingat.. Kalau berlaku mcm tu, n kedapatan.. Sambungan mimpi nie akan menjadi realiti.. Hati-hati.. hahaha..

Huh.. Mimpi rupanya~

X de Idea~

Rasa lama dah x hupdate blog.. Bukan sebab apa, xde cerita best nak di abadikan dalam nie.. Tggu la law ada citer2 menarik.. hehe. Tp malam tdi byk gak aktiviti aku.. Makan pizza ngan si gumuk muncit aku tu.. hehehe.. sapa lagi.. My Lover ler.. hehehe... Pas2 gi men futsal.. nak study malas.. so pas ni start study balek.. Masih ingt ada 5 paper lagi.. so, tu je la.. Lastly, love U sya ucuk2.. muah2..

Thursday, 5 January 2012

Bilikku Digenangi Air~ TT.TT

Huhuhu.. Niat dihati lepas makan tdi nak tdo.. sekali terdengar air mencurah2 kat aras atas.. Aku ingtkan org sidai bju.. So aku berjalan dgn selamba dri bawah naik bilik aku.. Sekali....... AIRRRRRRRRRRRRRRR aku jerit.. Air melimpah-limpah dari syiling betul2 kat depan bilik aku.. Terus aku terjah masuk bilik.. Down sekali lagi. sebab rumet xsedar ditambah dengan jiran2 aku pun xtau.. So aku jerit lebih kuatttt.. Airrrrrr.. semua jenguk kepala... hahahahahahaha.. semua kagum dengan peristiwa tdi.. Lepas 2 masing2 sibuk buat empangan depan pintu guna newspaper supaya air xmasuk bilik.. Aku ngan rumet aku pun tidak ketinggalan.. Tiba2.. air menitis dari dalam pulak.. Mula2 kecik lama2 macam shower.. Arggggghhhhhh.. terpaksa robohkan empangan.. N dalam 5-10 minit kemudian, giv up.. Pasrah dengan air yang mencurah2.. huhuhu.. Aku sempat kosongkan loker aku.. naseb bek dalam loker xder bjuuuuuu.. hukhukhuk.. 

Air keluar dari syiling

mula2 menitik last2 mcm shower

Empangan Newspaper terpaksa dipecahkan

Air mula bergenang

air pasang sampai paras bahaya

Bantuan disalurkan

Air naik tanpa kawalan sehingga selipar hanyut kedalam

Air dah melimpah ke bilik depan

air sampai ke paras buku lali

Barang2 yg sempat diselamatkan

Barang yg dipindahkan

air mula surut

Akhirnya, setelah hampir 30 minit bertarung dengan air, ditambah dengan kerjasama jiran2 makan air pun dapat dikeringkan.. Terima kasih kepada A.ijan yang bertungkus-lumus menelefon bantuan.. Kepad ketua Blok yg prihatin.. jiran-jiran Mau, Udin, Adib n Luqmal.. Tenkiu tolong sedut air tadi.. haha.. Kepada fazea memberi semangat.. Kepada shahdan yang gelakkan aku.. terima kasih jugak.. hahaha.. kepada org2 besar yg melawat En Anuar. Dia offer bilik baru kat K19A or B.. so aku pilih B(*dekat sikit ngan My ***** aku..).. Katanya, dia check ada kosong ke x dulu.. hahaha.. Kepada En Yusof n En Danny.. Tenkiu.. Lastly.. Tenkiu Semuaaaaa !!! Pengalaman Banjir dalam Bilik.. Hahaha.

1 Done 6 Waiting~

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Untuk 1st paper dah berjaya aku selesaikan tanpa tinggal satu kosong pun.. Muga2 apa yang aku jawab tadi menyumbang kepada markah yang banyak.. Huhuhu.. Sekarang berdoa & terus fokus untuk paper seterusnya.. Esok (6 Jan 2012) kul 8.30 pagi.. Semoga aku mampu mengharunginya seperti Paper hari nie.. Malah lebih baik .. Aminnn..

Tp, Aku nak bagitau si GUMUK2 aku iaitu My Lover aku.. Dlam musim2 exam ni, I mmg selalu tdur awal.. Xkisah la exam tu petang ker, pagi ke, tengah hri.. Tp mmg i selalu tdur awal.. hehehe.. Menda ni mmg dah berlaku n menjadi tabiat sejak dilahirkan lagi.. hehe.. Sowi lambat bagitau.. Cuma malam tdi jew i dah pecah rekod.. Tidur pukul 4..Naseb bek belanja McD mlm tdi.. so, time exam tdi xbunyik2 perut.. hehehehe..

Aku terlena kul 4 mlm tdi.. Pas2 terjaga kul6.45 sebab alarm dah bunyi.. Ingat nak bgun kul 7.. Sekali terbangun 7.30.. nseb bek 7.30.. kalau 10.30 mcmmne?? hahahaha.. Tp, My Lover aku kejutkan aku.. Tenkiu syg.. love u so much2..  

Akhir kata.. selamat menempuh paper ke 2 untuk aku esok..

Wednesday, 4 January 2012

Mengimbau Kenangan Short Sem 2011..

Hehehe.. Ni La rakaman Video Ilmiah yang sempat aku join dimasa dulu kala... best subjek nie...sebab My LOVER pandai acting.. hahahaha.. 


Tuesday, 3 January 2012

Bahang Semakin Terasa!!

Jeng.. jeng... Dah tinggal sehari lagi nak exam baru la mood study aku membuak-buak.. Huhuhu.. N pada masa yang sama, rasa menyesal sebab xstudy awal2.. Menda ni dah aku lalui sejak 5 semester yang lepas.. Tp xserik2.. Padan la dengan muka aku.. TT.TT.. So, sekarang tengah kelam kabut nak baca nota, nak faham itu dan ini.. Nasib baik xstresssss lagi.. Maybe esok stresssss kowt.. hahaha.. Tp, dah ter Plan nak tgk bola malam nie.. adoyai.. Apa nak jadi la ngan aku nie.. Tp, yang penting sekarang, kena habis kan study lu untuk subjek first ari Khamis nie.. My Lover dah Start PAPER esok.. Gud luck yer My SAYANG.. Do the best.. Muah2.. Lepas abis besok I tunaikan Craving U yg seterusnya yang akan dibagitau kemudian.. Ok2.. Panjang Pulak.. Nak sambung study......

Jadual Exam Aku Sem Ni..

Khamis - 5 Jan 2012 - Mekanik Kuantum II
Jumaat - 6 Jan 2012 - Elektronik I

Paper yg seterusnya entri seterusnya.. hahahahaha

Selamat Maju Jaya Untuk Diriku , My Sayang & seluruh Rakyat Malaysia yang Ambik exam.. Xkisah la apa jenis exam pun. Exam Memandu ke, Memasak ke.. Semoga berjaya.. Peaceeee Yoooo...!!

Monday, 2 January 2012

Seronok mengASAPkan Mulut!!

Hahahaha.. Tanpa diduga.. Akhirnya.. dapat jgak aku merasa nikmat makan ABC hj Samuri.. Setelah puas memujuk rumet(fazea).. Akhirnya.. Sejuk Perut ngan mulut.. Plan asal nak pegi berdua.. Tp mcm x seronok jew.. N then paksa partner lain pegi makan jugak.. Shahdan, syakir n yus.. haha.. seronok walaupun ABC tu xberapa nak sedap hari ni.. hahaha.. anyway puas hati.. So, nex nk g berbadminton lu.. oyeah2...

Nyum-Nyum

Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?


Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.

Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.

Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya. 

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukanoleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri inginmenjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.


-Copy & Paste Dri Blog http://twetyss.multiply.com-

Hari Ini Dalam Sejarah!!

Huhuhu.. Xpernah2 dalam sejarah aku buat menda nie.. Kejadian ni berlaku selepas menyetelkan perasaan my lover yg rasa tersisih & dilupakan.. Hahaha.. sowi ye syg.. bukan sengaja.. menda2 semua yg berlaku dalam malam tahun baru tu semua xdisengajakan.. But I'm Still In Love With You!! Muah2.. haha.. Ok2.. Kembali kecerita asal.. Ni Kes nak gi makan.. Tanya la My Lover dia nk makan Kat mane.. Dia suwuh aku decide.. huhuhu.. Yela, org tgh tacing kan.. malas nak putar belit kan keadaan.. So aku decide la.. haha.. G tempat yg xpernah pegi.. Tempat makan atas bukit laluan nak gi ke putrajaya.. My Lover kate on jew.. So, lepas Isyak terus bergegas sebab takut My Lover Lapar.. Yela, seperti yg aku criterkan B4 ni, dia kalau lapar mmg jdi org beremosi.. So lebih baik mencegah daripada merawat. Haha.. Sesampainya kat sana.. wow.. Ramai org.. Msti sedap nie.. hahaha.. cri tempat duduk.. N then duduk.. Sembang2 jap, tggu tukang ambik order xmuncul2.. Mcm xde pekerja je kat situ.. Pas2 aku toleh kanan, ade lagi pelanggan yg xterlayan.. Tp pekerja xde.. So bincang punya bincang, aku ngan Lover aku pun cabut la.. Malas nak tunggu lama2.. Law tggu garenti lambat makan nnti.. Lagipun org makin ramai datang.. Pelik betul aku ngan kedai makan tu.. huhuhu.. Pas2 plan pulak g mkn tempat lain.. Aku bg cadangan BBB n Nims.. My Lover bawak g BBB.. sekali RAMAIIIII> arghhhh.. geram + Takut.. yela takut my Lover lapar.. kang xpasal-pasal kena tacing.. haha. So Last skali makan Kat steak Austin.. western jgk.. Tp kat situ pun Ramai org.. Betul la Kata My Lover aku, Malam Ni MEMANG MALAM ORG MAKAN KAT LUAR.. penuh semua kedai makan.. Bru dpt GAJI mungkin.. hahaha.. So kami makan CHIKEN RICE SIZZLING.. *entah mcm mne eja nya* hahaha.. Tp time tgh makan tu My Lover jumpa la harta karun dalam NASIK tu.. yg tu aku xnak criter.. biar dia cerita sendiri.. Yg penting, Kami puas pusing2 dri soho ke BBB last2 ke seksyen 7 jugak tempat makannya.. Anyway, tenkiu MY SAYANG sebab sudi temankan Makan.. hehehehe.. Love.. Love..Love..

Chiken Rice Sizzling santapan kami

Air tembikai dikongsi bersama =)

Lastly benda yg aku xpernah buat dalam sejarah hidup aku ialah tinggalkan kedai makan tanpa makan.. Padan muka org tu.. hahahaha

Sunday, 1 January 2012

Di SiAnG HaRi 2012

Ehem2.. byk benda aku buat hari nie di hari pertama tahun bru.. haha.. Aku nak abadikan kat sini n Then di akhir tahun nnti aku nk bca blek.. hahaha.. Benda first aku bangun pukul 1.30 p.m.. Bgun sebab azan berkumandang.. haha.. Pas2 baring balek.. Kul 2.30 bru g mandi.. hahahaha.. N then ajak rumet kuar makan.. tetiba teringin nak makan ayam penyet.. Ingatkan nak ajak My Lover.. Tp dia dah makan dulu ngan rumet dia.. Xpelaaa... Yg penting dia makan.. So, aku ngan rumet aku je laaa.. haha.. kul3.15 kmi memulakan operasi.. 1st plan nak makan kat hentian kajang.. Tp fikir2 blek mesti tutup sbb tahun baru.. So nekad pegi kat tempat seksyen 7 tu.. Baru hri ni aku tau, bukan seksyen 7.. Rupa2nya ayam penyet yg tempat dia agak terpencil tu kat syeksen 4.. hahaha.. tape2.. Sampai2 kat situ apa lagi.. Melahap la.. kenyang sampai buncit.. Indahnya tahun baru sye hari nie.. makan ayam penyet yg sedap n kenyang.. yay.. Tp yang aku pelik, kaki aku makin sakit lepas men futsal malam tu.. terutamanya bahagian betis.. Alangkah indahnya kalau ada org tolong picit2kan.. haha.. anyway, siang ni aku xnak study.. nak menikmati siang tahun Baru 2012.. Malam nnti baru kembali ke pangkal jalan.. hahahaha.. 

Belum terlambat nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2012 SEMUA!!!

Ujian Suara Di Malam Tahun Baru 2012

Orait.. Ni entri pertama untuk Tahun baru.. xde nak criter byk.. ckit2 jew.. Pukul 11.30 mlm tahun 2011, my Abg kol ajak gi kluar.. Pada mula nya berat hati nak gi.. Tp setelah dipaksa, aku pun kuar gak la.. Masuk dalam keta kazen aku terus kena hanjing ngan diaorg.. haha.. xper2.. 

Destinasi yang kami tuju tadi adalah kat reko.. Tau x apa tempatnya.. Of koz la 


Malaysian Idol Karaoke
Malaysian Idol Karaoke.. Hahaha.. So, aktiviti tahun baru aku adalah MENYANYI.. walaupun aku tahu suara aku sedap.. ada aku kesah.. hahahaha.. So kat sane aku sempat mendedikasikan 5 buah lagu dimalam tahun baru 2012 kpd diriku n dalam alam bayang of coz la dedikasi buat My Lover.. walaupun dia xde, assume je dia dengar... hahahaha.. Lagu2 aku nyanyi tdi 

  1. Disaat Aku Mencintaimu - Dadali
  2. I Wanna - All American Reject
  3. Untitle - Simple Plan
  4. Dari Sinar Mata - BPR
  5. Suara Berharap - Hijau Daun..
Haaa.. puas gak melalak.. Ow ya lupa.. Dalam perjalanan pegi tdi byk bunga api kat udara aku tgk.. mmg meriah la langit malam tdi.. hahaha.. 

Ok, Selesai karaoke terus balek.. Balek2 jew aku terus update status FACEBOOK.. Konon2 nya status pertama 2012.. Pas2 aku taip la status n post dengan yakinnya.. Tp sekali aku tgk blek, ADOYAAAAAAi... salah pulak tahunnya.. jap gi aku post pic status aku tu kat sini.. Lepas jer post, terus kena nganjing dengan My Lover n the geng,.. Adoyai....

Ni la Status Aku =(

Law nak bca lagi Tgk kat Fb Aku = > 

So, kesimpulannya.. Malam tahun Baaru 2011 aku disambut dengan dikenakan oleh ABG n KAZEN aku n Disusuli oleh Pengomen2 kat status aku.. hukhukhuk.. Yg penting aku xmarah.. ahhahahaha

LASTLY SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012 kepada semua.. Semoga Perjalanan tahun baru ini lebih Baik & Indah dari tahun2 Sebelumnya.. Amiiinnnn..

Dok Diam2 ye Si Gem2

PenyeJuk TeLiNgA