iklan-iklan

Masa Itu Emas

Daisypath Friendship tickers

Monday, 2 January 2012

Apa agaknya sebab lelaki meninggalkan wanita atau pasangan mereka ya?


Sebelum bagi jawapan, saya ingin anda tahu, berkenaan hal ini wujud 2 jenis wanita:

Pertama: Jenis wanita yang jarang sekali melihat atau mengaku bahawa mereka berkemungkinan adalah punca kegagalan sesuatu perhubungan itu. Dia berasa bahawa dia telah membuat yang terbaik dan segalanya demi perhubungan. Sekiranya wujud konflik atau masalah, ia disebabkan oleh pasangannya atau lelaki.

Kedua: Jenis wanita yang bila berlaku konflik atau bila pasangannya mula hilang minat terhadapnya dia akan rasa punca berlaku demikian adalah disebabkan dia. Dia rasa seperti ada tindakan atau percakapannya yang telah menjadikan lelaki itu hilang minat dan seterusnya mencetuskan masalah dalam perhubungan. Tidur tak lena, buat kerja apa pun takde tumpuan sebab asyik fikir apa salah silap yang dia dah buat.

Kebanyakan wanita yang gagal dalam perhubungan lebih ramai berada dalam jenis kedua di atas. Ramai yang asyik terfikir dan tercari-cari apakah yang telah mereka lakukan hingga menyebabkan lelaki meninggalkan mereka.

Dalam hal ini, banyak faktor yang boleh menyebabkan konflik dan kegagalan anda dalam perhubungan dengan lelaki tapi faktor yang paling berbahaya adalah anda TAK SEDAR kesilapan apa yang anda lakukan.

Untuk anda mendapatkan satu perhubungan jangka panjang yang bahagia dan berjaya dengan lelaki, anda MESTI sedar dan faham sepenuhnya apakah perkara-perkara anda lakukan yang boleh menyumbang ke arah gagalnya perhubungan dan mengakibatkan lelaki menarik diri. Ini 3 daripadanya:

Kesilapan Pertama: Wanita tidak mempedulikan atau TIDAK FAHAM keperluan perasaan lelaki. Bila perkara ini terjadi, peluang amatlah tinggi untul lelaki menjauhkan diri dari anda.

Kebanyakan wanita menganggap cara lelaki berfikir adalah sama dengan cara mereka berfikir. Oleh itu wanita seringkali melayan lelaki mengikut cara yang mereka rasakan bahawa itulah yang terbaik. Malangnya niat baik mereka itu lebih menjauhkan lelaki dari mempunyai ikatan perasaan yang kukuh bersama mereka.

Wanita kebanyakannya suka bila emosi mereka dibelai begitu juga lelaki cuma bila dengan lelaki caranya berbeza.

Bila sebut tentang keperluan perasaan atau emosi lelaki, yang penting ialah apa yang mereka rasa bila bersama anda. BUKAN apa yang anda rasa! Anda sebagai wanita, secara sedar atau tidak, andalah yang mencipta suasana sama ada lelaki tersebut ingin terus bersama anda atau sebaliknya.
Kadangkala anda tak sedar tindakan anda telah mengancam egonya, menunjukkan anda seolah-olah mengawalnya, menimbulkan kembali kenangan pahit masa silam atau mencetuskan perasaan tidak selamat dan selesa lelaki bila bersama anda.

Banyak keadaan juga bila anda rasa anda buat sesuatu yang baik, hanya untuknya tetapi tindakan anda bukan mendekatkan malah menjauhkan lagi anda dan dia.

Sifat semulajadi wanita yang manja, suka membelai dan memberi(melakukan sesuatu untuk pasangan) memang menjadi tarikan kepada lelaki. Namun bila anda memberi atau melakukan sesuatu terlalu banyak dan apa saja untuknya ia akan ‘melemaskan’ lelaki dan berkemungkinan memberi tanda padanya bahawa anda ingin mengawalnya. 

Anda mungkin berkata, “Mana ada saya nak kawal dia, saya hanya berikan segalanya yang terbaik untuk dia dan perhubungan!” Itu betul, tapi ‘signal’ yang dia dapat tak sama dengan apa yang anda fikirkan dan dia berkemungkinan jadi lebih jauh dari anda.Dia juga kemungkinan berasa anda terlalu hebat dan tidak sepadan untuknya.

Sifat semulajadi lelaki yang asas ingin menjadi seorang yang diperlukanoleh wanita. Lelaki ingin tahu adakah dia mampu memberi perlindungan, kegembiraan, memenuhi keinginan dan juga kepuasan terhadap pasangannya sekaligus menjadi ‘hero’ yang boleh di harapkan. Sekiranya dia dapati wanita tersebut terlalu hebat, maka dia akan menarik diri perlahan-lahan.

Penyelesaiannya, saya bukan nak suruh anda berlakon atau pura-pura tak hebat , tetapi anda hanya perlu menggunakan sifat kewanitaan anda untuk menunjukkan dan membuat lelaki berasa bersama anda dia berada dalam keadaan yang selesa dan selamat. Kalau dia seolah-olah jauh dari anda sebelum ini, maka dengan cara itu anda akan dapat mengetahui apakah yang menjadi sebab terhadap tindakannya itu.

Kesilapan Kedua: Kesilapan biasa yang berlaku adalah wanita cuba membetulkan atau mengubah lelaki. Tidak menjadi kesalahan jika anda ingin pasangan anda menjadi lelaki yang lebih baik dan hebat. Saya juga tidak kata kalau ada perangai buruk pada dirinya tidak perlu dibuang dan diubah. Lelaki pula tidak menolak perubahan yang patut dilakukan sekiranya perlu.

Maksud saya, bila wanita sayangkan seseorang lelaki itu, dia cuba mengubah lelaki itu dengan cepat dan mendadak. Lelaki akan terfikir, adakah anda sayangkan dirinya pada masa ini atau dirinya yang ada dalam fikiran anda setelah dia berubah nanti? Kena faham, lelaki tidak suka dirinya cuba diubah dengan cepat dan mendadak oleh pasangannya – begitu juga wanita!

Kena ingat ya..kalau anda berjaya mengubah dirinya atau apa yang anda tak suka dia buat atas alasan ‘ini untuk kebaikan perhubungan’ atau supaya hati anda senang..’perubahan itu kemungkinan besar takkan lama bertahan!’

Jadi macamana nak buat? Penyelesaiannya ialah anda perlu menjadi wanita atau pasangannya yang mampu membuat dia sendiri inginmenjadi lelaki yang lebih baik! Anda membuatnya berubah sebab dia fikir dia sendiri nak berubah, bukan sebab anda yang suruh sedangkan dalam masa yang sama dia tak perasan bahawa itu adalah hasil kerja anda! Andalah hakikatnya yang menjadi pencetus perubahannya tanpa dia sedari. Nampak apa yang saya sampaikan?

Ini adalah “skill” yang perlu anda ada membolehkan anda membuatkan pasangan anda berubah menjadi lelaki yang diimpikan dan hebat seperti semua wanita inginkan. Mungkin dari kuat merokok berhenti terus, mungkin kaki melepak kat kedai kopi dah kurang atau tak lagi dan macam-macam lagilah.

Kesilapan Ketiga: Seperti mana wanita, lelaki juga hanya ingin bersama orang dan pasangan yang menyenangkan hati. Sekiranya seseorang itu terlalu banyak menimbulkan isu sampai tahap macam dalam drama, ini akan menjauhkan lelaki.

Lelaki ingin dan senang bersama wanita yang ceria dan mempunyai keyakinan dalam diri. Sebab itu senyuman wanita merupakan satu senjata yang amat berkesan dalam menarik hati lelaki. Senyuman juga memberi maksud anda selesa bersamanya.

Walau bagaimana pun, ramai wanita tak sedar mereka selalu mencipta suasana yang tegang dalam perhubungan. Suasana macam dalam drama ni selalunya dalam bentuk bercakap tentang perasaan dan emosi anda dan lelaki selalunya akan cuba mengelakkan diri dari terperangkap dengan situasi ini.

Kalau anda jenis wanita yang terlalu sensitif, mudah terasa, mudah terluka, mudah marah dan tersinggung dengan apa yang pasangan anda atau orang lain lakukan atau kata, anda akan dengan cepat dan mudah menjadi wanita yang lelaki rasa tidak selesa bersama. Akibatnya dia akan mula menjauhkan diri dari anda. Sekiranya dalam perhubungan cinta, kemungkinan anda akan merasa dia semakin jauh dari anda.

Lelaki akan cuba menjauhkan diri dari wanita yang mempunyai dan menunjukkan emosi yang tinggi. Lebih-lebih lagi sekiranya emosi wanita tersebut boleh mencetuskan suasana tegang ketika berbincang tentang sesuatu. Sesekali ia terjadi, perkara biasa tetapi bila ia asyik terjadi dan bila masa berbincang saja anda menunjukkan emosi anda, lelaki akhirnya akan cuba menjauhkan diri dari punca ketegangan tersebut – iaitu anda.

Sebagai contoh, bila berbincang tentang keadaan perhubungan anda dengan pasangan, anda menangis tersesak-esak, bila dia bertanya anda diam. Satu jam anda hanya diam dan setelah puas dia memujuk anda tetap mendiamkan diri. Ini saja cukup untuk membuat dia merasa tekanan hasil dari emosi anda. Ini tidak termasuk lagi pertanyaan yang bertalu-talu dari anda sehingga keadaan menjadi ‘panas’. Kalau anda nampak dia jalan berpegangan tangan dengan wanita lain itu bab lain ya..itu saya fahamlah anda dah tentu mengamuk! Ini maksud saya bila berlaku saja konflik atau perbincangan perkara seumpama ni berlaku, maka lelaki akan mula ‘trauma’ dan menjauhkan diri dari anda.

3 kesilapan di atas saya terangkan hanyalah sekadar secara asas dan dipermukaan sahaja dari banyak lagi kesilapan yang anda sebagai wanita mungkin tak perasan anda lakukan.

Kunci kepada perhubungan jangka panjang yang bahagia dengan lelaki adalah anda sebagai wanita perlu meningkatkan kefahaman anda tentang bagaimana lelaki ‘berfungsi’. Cara lelaki berfikir, apa yang menjadi pendorong kepada lelaki, apakah perkara yang lelaki takut dan menakutkan dia, apa yang membuat lelaki rasa terancam dalam perhubungan, apa yang menutup perasaan lelaki dari membuka hatinya dengan mudah, rela dan senang hati untuk anda, dan apakah yang membuatkan lelaki ingin bersama dengan seseorang wanita itu dan kekal ingin bersama hanya dengannya sahaja.

Ramai pakar dan bukti yang menunjukkan bahawa wanita, bukan lelaki yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk menentukan kebahagiaan dan arah tuju perhubungan di antara wanita dengan lelaki. Wanita memang amat sukar mengubah lelaki tetapi wanita mempunyai kuasa untuk membuat lelaki berubah dengan kerelaannya sendiri. Wanita juga boleh membentuk sikap lelaki dengan memberi tumpuan terhadap keinginan lelaki.

Wanita mempunyai kuasa untuk menarik cinta, kesetiaan dan kejujuran lelaki kepadanya hanya sekiranya wanita tahu menggunakannya dengan betul dan berkesan.


-Copy & Paste Dri Blog http://twetyss.multiply.com-

1 comment:

  1. tp bagaimn plk dgn wanita yg sentiasa menymbut pasangan nye dgn senyuman tetapi dibalas dgn muka yg masam mencuka oleh psagan nya wlaupn tiada konflik antara mereka sebelum itu? tidak kah akan trdetik walau sedikit rasa xselesa dlm ati wanita? pasti dia merasakan seperti dia sj yg bria-ia mahu brjumpa/brsama-sama psgn nya tetapi tidak pasangan nya... sekadar brtya dan cuba utk memahami lelaki..

    ReplyDelete

Dok Diam2 ye Si Gem2

PenyeJuk TeLiNgA